Sunday, March 27, 2011

APIP XEXE DAN BASIKAL BARU!!!!

lepas bengang2 pasal makhluk2 itu, there's 1 story that really brightened my day...

apip beli basikal baru. how much??

apip : RM195. after discount, RM185.

basikal lama yang warna merah tu?

apip : i will give it to my son. when he turns 6 or 7, i will teach him how to ride the bicycle

(bagus betol adik aku ni!)
why not when he's 4 or 5?

apip : mmm. maybe he cannot reach the pedal bah.... i feel like i'm a dad now. but there's 1 problem.

what's the problem???

apip : i don't have kids yet.

(APAKAH??????? Time ni la paling susah mau tahan ketawa!!)
owhh.....

apip : my wife has to know how to bake cake.

(aku ndak heran yang ni. mama & bapa punya anniversary tahun 2008, dia boleh claim RM5 dari bapa + finished the cake. punya2!!! (u know ka dad, i paid RM5 for that cake))

when la u want to get married??

apip : i don't know la.

u ask la mom.

apip : mom2, can i get married when i'm 28?

mom : 28? can bah.

apip : angah, mom said can.

.................................................

itu adik aku. adik kau ada macam tu? hehehee =p

p/s : suka-suka. adik aku ni darjah 3. tapi tua!

aku yang sangat teruk dalam memberi tajuk II

hehh! II? yang 1st bleh baca bahieal-qudri.blogspot.com (kp, aku pinjam tajuk ko!)

memang macam2 hal kalo buat kerja projek yang ada group. worse, kalo sampai 12 orang (macam projek exp. aerod aku)

dalam group tu, ada 4 orang yang ndak buat kerja or turun padang time buat rumah. KAU INGAT SENANG KA MAU BUAT RUMAH TU??? yang sorang tu ndak jadi issue sangat sebab dia buat report uuntuk team diorang. tapi yang lagi 3 ketul tu memang macam haram ja aku tengok! kalo setakat pasang 2-3 revert tu, jangan la susah payah mau claim yang korang buat kerja.

since lab exp aerod sudah habis, kami ada baki dalam 3-4minggu untuk siapkan rumah. so, waktu yang sepatutnya untuk lab tu, sepatutnya kau orang pegi la workshop. jenguk rumah tu. buat apa-apa yang patut.

yang aku dengar, pasang 2-3 revert, terus blah pi makan McD! hoii!!! aku pernah makan cucur ubi dalam workshop tu sebab lapar. dengan tangan hitam2 pun belasah ja makan. kau boleh pegi tinggalkan workshop & makan McD?!!

masa run experiment dalam wind tunnel pun boleh pegi dating, hilang ntahpi mana, kalau aku suruh buat report pun memang haram lagi mustahil! aku buat report dihari ahad, kau boleh pegi ber'super fun' ?!! aku duduk atas lantai bilik ni 6 jam, kau bersuka-ria. lepas tu hantar mesej 2-3 keping tanya report sudah siap atau belum. lepas tu mintak report sebab mau buat slide. hahhh??? are u kidding me????? buat slides untuk presentation tu, adik aku pun boleh buat.

kesimpulannya, kenapa kau tunjuk concern lepas rumah, experiment, dan report tu dah setel??? apa yang kau mau??? letak nama kat report??????

aku ni bukan la kejam sangat macam Hitler. tapi kau lagi kejam! apa kau buat 4 minggu time xda lab???

JAWAB LA!!!!!!!

p/s: aku memang marah. kepada kau dan kau, jangan cari aku!!!! to ili, dayah, & tirah, we've done a super good job (esp ili nabihan).

Thursday, March 17, 2011

ibu....ibu....engkaulah ratu hatiku....


INTAN SAYANG MANJA
hailaaa. tersentuh juga hati bila tengok cerita ni. cerita dia biasa ja. tapi masa tengok mama diorang tu berdoa....

"ya Allah ya Tuhanku, janganla kau hukum anak2ku ya Allah, mereka tak bersalah, ini semua salah aku ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-

dosaku, anakku anak2 yang baik,
ya Allah ya Tuhanku, janganlah Kau turunkan bala pada mereka, aku halalkan segala makan minumku pada anak2ku, lindungilah anak2ku

dari segala bahaya dan malapetaka, ampunkanlah ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah..."

memangla makcik tu berlakon kan. doa-doa tetap doa. bagi aku tiada lakonan dalam berdoa. cuma, terpulang pada Allah lepas tu.

ok. aku pun ndak mau cerita panjang pasal doa sebab takut juga tersalah cakap. yang aku mau cakap, mungkin begitulah doa setiap mama

dalam dunia ni pada anaknya. mungkin? ka memang?? time tu la terbayang mama yang baru beli laptop asus tu. hehee. ha. jangan main2.

doa mama kita ni memang magik tau. lagi....

"jauh di sudut hati mak, mak tak terlintas langsung nak bezakan anak-anak mak, kamu adik beradik mak sayang sama ja..."

hmmmm. betul la tu. kalo ada berlaku pun, biasa la. manusia tiada yang sempurna. kan2. apa-apa pun dengarla cakap mama kita...

oleh itu...


ma, tahniah kerana telah membeli laptop baru. hehe. "mami2 minta duit, minta seringgit, membeli coklitt...."

p/s: bagus juga sekali-sekala tengok drama melayu. kalo tengok bigbang theory tu, mana la dapat dengar doa2 yang menyentuh hati.

balik2 bar mitzvah, hanukkah. haisshh!!!

p/s: kalo mama baca ni, ala mau bgtau mama yang ALA CUMIL. hehehee

Tuesday, March 8, 2011

As I look back.....

Dr. Jamal Ibrahim Daoud (betul ka ejaan ni?) lecturer math II aku. Orangnya garang dalam kelas. Tapi kalo jumpa in person baek la pulakkk. Dengar kata, rafezzal tertelan gula-gula getah (jangan lakukan ini di rumah mahupun di pejabat) sebab Dr. Jamal sergah orang laen yang kunyah gula-gula getah. Cuai la rafezzal ni....
Aku ada sebuah kisah jua pengalam yang manis bersama Dr Jamal itu. (ala-ala mcm berlari-lari di tepi pantai...)

Suatu hari yang indah, aku memakai baju kurung hijau berbunga merah. Aku pun dengan gembiranya masuk ke kelas math II bersama rakan baikku, Sumaiyah. Seperti yang kami tau, ada assignment yang perlu dihantar. Aku jua lupa bahawasanya Dr Jamal ni x suka kalo orang bercakap dalam kelas. Tapi yang aku pasti, masa tu ada 10 minit lg sebelum kelas bermula. Aku pun dengan semangatnya bertanya dengan orang2 sekeliling....

“wei...bila kena hantar assignment hah?”
“assignment kena hantar bila??”

Dan seterusnya...aku semakin leka dan alpa dalam bertanyakan soalan yang mana budak2 ni duduk tegak dan aku pula sebok toleh kiri kanan depan dan tiba2 terdengar suara yang kuat bagaikan halilintar memecah gegendang telingaku.....

“SISTER!!! HEY YOU! SISTER!!!”

Aku pun dengan terkejutnya menjawab....

“Me?” dengan wajah yang pucat...

“YES U!!GET OUT!!!”

Hahh!!! Itu dia...aku kena HALAU...aku yang berbaju hijau itu dihalau. Hahahaa. (sekarang boleh la ketawa. Tp masa tu....)

“i was just asking when to submit the assignment b’coz u didn’t tell us...” aku pun berkemas mau keluar dari kelas

Beraninya aku dalam takut. Huhuu... aku bukannya apa. Malu la ngn mamat2 hensem dalam kelas tu. Kalo x hensem aku x malu sangat. Tp sebab ada yang hensem, aku pun malu la. Haishh!!!

“If u want to ask, ask outside!!!” tapi suara dia dah kendur siiiikkkkiit sebab alasan aku untuk bercakap dalam kelas tu agak kukuh la. Sapa suruh dia x bgtau awal2. Chaiitt!!!

“I’m sorry sir. I’m really sorry...”
“Sit Down”.

Erkkkk! Magika! Magis! Tragis! Lalu aku menangis. Hahahaaa. itu dia!!! Aku ingat lagi badan Su tegak & kepala dia x toleh2 pun. Tp sepanjang kelas math hari tu tangan Su gosok belakang aku sebab aku x berhenti menangis. Tp badan dia tetap tegak sampai habis kelas. Itulah penangan Dr Jamal. Next class, aku pun ponting dengan Su. Ponting tyme!!! =D


ME & SU
Akibat dari kejadian tu, midterm aku failed teruk. aku dapat 38/100. Carry mark pun sikit. =(

I ended up with a B.

B huhhh?! Hehee.. segarang-garang Dr Jamal, dia x peduli sangat carry mark. Janji boleh buat final exam, ok la. Hehee... mati2 aku ingat aku failed. =p
Alhamdulillah rezeki untuk aku. =)
And the rest is history......





p/s: banyak lagi kejadian ngn Dr Jamal ni. E.g.: no sir. I’m not sleeping.(dengan suara paling tegas). Dr Jamal pun cakap “not u!! The sister in front of u”... (bingung seketika)

p/s: sampai hari aku x pakai sudah baju kurung hijau bunga2 merah tu....

p/s: masa dia halau aku, the class did not even start yet. Huwawawawaaaa!!! =’O

AKU NI MEMANG SUKA CARI PASAL LAAA....

Thursday, October 28, 2010

APAKAH???


menyenangkan bila ada sahabat yang sudi mendengar masalah yang bertimbun-timbun.
bukan masalah sangat pun. bebanan yang ndak tertanggung sendirian. itulah guna sahabat.bila melepak sama-sama, mulalah keluar cerita dan gossip yang menyeronokkan. yang 2 orang tu dengan pengalaman present FYP. ngeri juga aku dengar. yang sorang tu 'double-trouble'. tapi still boleh lepak sampai 3jam. 3jam??? hehehee. daripada cerita fakta sampai ke cerekarama-rama, sampai la merapu-meraban. masing-masing sudah terkena demam exam. bak kata cik double-trouble, budak-budak yang ambil kos engin ni, yang ndak gila pun boleh jadi gila. yang aku plak kata, ambil engin ni macam short-cut bunuh diri. semua berbaris untuk terjun bangunan tunggu turn masing-masing. bukan la technically bunuh diri. tu masuk dosa besar sudah laa. huhuu...bila makin dewasa, dengan sendirinya akal normal manusia akan berfikir untuk menjadi yang lebih baik; walaupun bukan yang terbaik di kalangan semua orang, sekurang-kurangnya terbaik untuk diri sendiri.

somebody told me, aku ndak ingat siapa, dalam hidup ni memang bagus kalau kita sentiasa dapat relax dalam melakukan tugasan. tapi sekali-sekala kita kena tension juga sebab bla tension kita akan berusaha untuk siapkan tugasan yang sangat perlu disiapkan. terbaek dalam 1 bidang, ndak bermakna kita sentiasa terbaek dalam semua perkara. di situlah perlunya proses pembelajaran yang mana akhir-akhir ni, aku sentiasa berfikir, aku perlu belajar, aku rasa aku sudah banyak ketinggalan dan aku fikir, cukuplah setakat tu ja aku ketinggalan. sekali jatuh, bukan bermakna kita ndak boleh bangun langsung. selesa bila jatuh dan terus duduk bertenang. tapi ketinggalan. banguntu perlu. bergerak, berdiri, melangkah, dan berlari. habiskan apa yang telah dimulakan. "that's how we learn"

usaha tanpa doa umpama________......
kalau usaha banyak pun tapi tanggungjawab kepada Allah pun diabaikan pun ndak boleh juga. pendek kata, solat entah ke mana. percaya dengan janji Allah, percaya pada hikmah 'menjaga urusan Allah'. Allah ndak akan uji hambaNya dengan ujian yang hambaNya ndak boleh hadapi. yang penting...
-berusaha
-berdoa
-berjaya....

p/s: thanx to kp, rofa, and ainin. pesanan yang paling bermakna 'jangan tinggal solat' =D

p/s: all the best semua orang. teruskan dengan exam mode. jangan jadi gila, sudah. hahahaa. (teringin

mau setup wind tunnel. hahaa. angan-angan tinggi menggunung.)

p/s: bukit gajah depan UIA tu, kalau tengok waktu malam macam Gunung Kinabalu. hailaaa.... aku sudah mula rindu pada Kg. Pimping Membakut...=(

Friday, October 22, 2010

SELAMATKAN ANAK-ANAK DARI KEBULURAN...


Ya. Derma,derma. Jangan ndak menderma. Aku pun ndak ingat bilanya kami pigi makan di pizza. Kami itu adalah aku, rafezzal, dan kak fifah. Sementara tunggu makanan sampai kami pun dengan rajinnya membelek pamphlet di atas. Cantik betol ayat dia.

“DONATE AND SAVE LIVES”

Uishh....bagus la pizza hut ni. Menderma. Alhamdulillah. Itu yang kita suka. Kalo baca pamphlet ne betol-betol ada tertulis “Buy our WORLD HUNGER Hut’s Power Meals & RM0.50 from each meal will be donated to this good cause”. Bila kami baca ayat tu, kami pun semakin berbangga terhadap pizza. Sebab 50sen daripada yang kami akan bayar tu akan didermakan kepada World Hunger punya campaign. Ulang suara, 50sen DARIPADA YANG KAMI BAYAR. Rasanya kalau anda berada di tempat kami pun, mesti anda akan ingat macam tu juga.....

.....makan punya makan punya makan punya makan..........

Tekan butang bill, “ting-tongggg”

Bil pun sampai.....

Erkkkkk!!!


Nampak ndak?? Kami kena charge 50sen! Untuk? Donation!!!! Laaaaa.......tadi bukan kata “Buy our WORLD HUNGER Hut’s Power Meals & RM0.50 from each meal will be donated to this good cause” ka????? Ka kami yang salah faham????? Ingatkan nanti dia akan ambik 50sen daripada jumlah bayaran. Rupanya siap kena charge 50sen! Bukan kami hendak berkira. Apa sangat la 50sen tu kalau kongsi bayar 3orang kan. Ringan jugak beban mereka yang memerlukan.

Tapi, hingga kini kami masih pelik. Misrepresentation lagi misinterpretation. Cakap la betol-betol kalau mau suruh customer bayar. Tapi jangan la tulis yang 50sen daripada yang kami bayar tu akan didermakan. Lain kali, tulis ja “Eat at Pizza Hut and You Will Pay additional RM0.50 for World Hunger Campaign”. Kan senang........

p/s: jangan membazir. Since aku menghadapi krisis kewangan dikala ini, makan sehari pun boleh bajet RM7.00 ke bawah. Bersyukur la daripada ndak makan langsung. Makan ayam kari dalam tin pun sodap.....!!!!!

Sunday, October 17, 2010

ADIKKU DEWASA

aku mau kongsikan sikit cerita pasal adik aku yang bongsu, afif. satu-satunya anak lelaki dalam famili aku. dia ni memang special laaa. Encik Ben10 la katakan. suka sangat dengan ben10. torchlight yang harga b'puluh2 ringgit tu pun mau beli. kali kalo aku pinjam torchlight tu, aku pun boleh jadi alien mungkin.
masa dia tadika (6 tahun), dia pernah cakap sorang2. time tu di bilik study. aku surf tenet, dia susun dia punya coloring pencils dalam beg. tau dia cakap apa??

"when i grow up, i will tell my son about what I did when I was 6..."

aku yang tengah khusyuk tu terkejut and pasang telinga....

"If I have son, ok la. But if I have daughter, I dont know la what to do. maybe her mom can take care and tell her what to do...."

aku punya la terkesima kejap. adikku, kau baru berumur 6 tahun. masa aku 6 tahun, yang aku tau, bermain dengan kawan adalah sangat menggembirakan....

"I will bring my family to Kundasang or Ranau for a holiday..."

aku ndak tau apa mau cakap....

"I'll drive a viva..."

viva??? aku pun tanya siapa nama anak dia nanti

"What about Ramli???"

arghhhhhh....!!!!

tu masa dia 6 tahun. hari tu mama cerita, afif bagitau yang....

"nanti dia punya wife tidur dalam aircond sebab wife dia bukan dia yang jaga sebelum ni. tapi anak-anak dia ndak pakai aircond pun ndak apa...."

hailaaa..... aku pun ndak sure apa yang dia cakap. tapi translation dia lebih kurang macam tu la...

well, seperti yang kami sedia maklum, afif ni sedikit tertekan dengan ili. hahaa. ili kan
annoying kalo b'cakap dengan dia. muahahahaaa. lalu, 2 minggu lepas time d KLCC selepas menonton 'The Legend of the Guardian : The Owls of Ga'Hoole', masa on the way ke LRT, afif tanya aku

"angah, when bah along going to marry?".

aku pun jawab "i dont know la. why?"

"nothing bah. i just want to know when she's going to marry..."

aku pun jawab lagi "why?"

"I just want to makesure that the guy is good bah"

ehehehehh....dia baru 8 tahun. ha. siapa2 yang kawin dengan ili nanti, makesure yang diri anda itu

bagus. jika anda ndak makesure, afif yang akan makesure. ha. pesanan ini juga ditujukan kepada siapa2 yang bakal kawin dengan kawin ngn kakak2 Encik Apip Waie. well, walaupun dia masih kecil, dia tetap wali kami 3 orang. ngeheheee....

ada lagi 1. baru-baru ni kan angkasawan negara kawin. and afif said

"mom, best kan perkahwinan. afif terharu la...."

statement ni aku kurang faham. aku ndak tau kenapa dia terharu. mungkin dia salah penggunaan perkataan. aiyok!

.....dan banyak lagi la statements dia yang terlalu tua untuk seseorang yang berumur 8 tahun.....

sekian....[#_#]