adoi laaa...sempena bulan ramadhan yang mulia lagi penuh berkat ni, aku sedaya upaya menjaga percakapan. sesungguhnya aku adalah seorang aku yang suka buat benda & cakap ikut kepala sendiri... yang kadang-kadang tu bawa mudarat...(so far belum ada kemudaratan fizikal...=X) bercakap pasal cakap ni, hailaaa...ada la sorang insan tu suka sangat bercakap. (tia-tiba aku buat sesi luahan perasaan plak...) bukan aku ndak mau bagi dia becakap. cakap la. silakan. make urself home. tapi kan, kadang2 kan, bukannya semua benda yang kita mau cakap tu orang ,lain mau dengar. contohnya???
"pada suatu hari yang ordinary, dia masuk ke bilikku..."noni : hai kak. tengah buat apa tu?
aku : hai. stadi. byk gila kerja kena buat. kna hantar esok (mataku mula la berpinar-pinar)
noni : eh? saya pun byk gila kerja. yang ni kena hantar esok, yang tu kena hantar hari khamis....bla...bla...bla...(dia menceceh sorang2)
aku : (aku??? aku buat muka toya sbb ni bukan kali pertama aku dgr dia merepek meraban. whatever la kau. sudah tau byk kerja, p la balik bilik kau. jgn la kacau aku.....) hmmm..... (mata lekat kt laptop)
noni : akak tau tak, semalam saya gi berbuka kt XX. ingat nak pi makan kat shakey's pizza. tp penuh la plak...saya pun ckp kt member "wehh, kita g soLat dulu laa...kang kalo solat lambat ramai plak orang kt musolla." padahal saya xbleh solat pun. hahaa..tapi saja tak nak diorang tau yang saya xleh solat....
aku : (aku???hmmm....x laratnya laa..senyap! tolong senyap! ini perpustakaan. perpustakaan??) hmmm...ohhh...
noni : pastu kan diorang pegi la musolla. punya la saya tak nak diorang tau yang saya tak puasa & xleh solat, saya pun cakap kat diorang "wehh. korang masuk la dulu....aku nak p naek atas jap
aku : (akuu???? pehhhh. tu pun kau mau bgtau aku kaa????) ohh...(mata ndak beralih langsung dari laptop!)
noni : saya pun masuk watson. pastu tengok2 barang, belek2 barang sikit. lepas tu saya g mph. tunggu la sampai agak2 diorang dah habis solat....
aku : (aku?????????????? deyy aci, pigi buat blog laaa....) ohhh...
noni : lepas 5 minit tu saya sms diorg "weh. aku lambat sikit. korang g la shakey's dulu....". lepas 10 minit, lama gak saya tunggu kat mph tu. hahaha. pastu baru la g shakey's. sampai shakey's, member pun tanya "ko g mana? tak nampak pun ko kat musolla td...." saya pun cakap kt diorang yang saya g cari barang jap n lambat ckit g musolla. saya tak nak diorang tau yang saya period...hahahaa
aku : (aku???dah mcm terkesima n ndak percaya. apasal kau cerita??itu pun mau cerita ka??? xda info yang bermanfaat pun....keji la kau! ) ohhh....
masa tu la aku teringin jadi mcm mamat psiko dalam cerita Untraceable tu. hehh!! sampai sekarang aku xbleh lupa kejadian ni. errr...nama watak tu adalah rekaan semata-mata. tempat makan tu pun aku reka jugak. tapi, skrip di atas adalah kisah benar. owhh...bulan puasa mcm ni pun aku bleh hangin 1 badan. shazwani, sabar! fitrah dia mmg macam tu. keep on "buat b*d*h". or next time, cakap ja "aku xmau dengar ko membebel hari ni, esok, lusa, & sampai bila2. maka, shut up~~!
p/s: jangan sekali-kali cerita benda yang teda faedah kepada orang lain....(aku dah buat muka "hoiii, ko nampak x muka aku ni??? ada x rupa mcm orang yang mau dgr cerita kau???". tapi malang sekali dia ndak paham bahasa badan. next time mungkin aku perlu buka kuda-kuda karate)
p/s: sila create blog jika anda ada benda merapu yang ingin diperkatakan. ndak pun, pi cari orang laen. aku?????? AKU XMAU DENGAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
