Thursday, October 28, 2010

APAKAH???


menyenangkan bila ada sahabat yang sudi mendengar masalah yang bertimbun-timbun.
bukan masalah sangat pun. bebanan yang ndak tertanggung sendirian. itulah guna sahabat.bila melepak sama-sama, mulalah keluar cerita dan gossip yang menyeronokkan. yang 2 orang tu dengan pengalaman present FYP. ngeri juga aku dengar. yang sorang tu 'double-trouble'. tapi still boleh lepak sampai 3jam. 3jam??? hehehee. daripada cerita fakta sampai ke cerekarama-rama, sampai la merapu-meraban. masing-masing sudah terkena demam exam. bak kata cik double-trouble, budak-budak yang ambil kos engin ni, yang ndak gila pun boleh jadi gila. yang aku plak kata, ambil engin ni macam short-cut bunuh diri. semua berbaris untuk terjun bangunan tunggu turn masing-masing. bukan la technically bunuh diri. tu masuk dosa besar sudah laa. huhuu...bila makin dewasa, dengan sendirinya akal normal manusia akan berfikir untuk menjadi yang lebih baik; walaupun bukan yang terbaik di kalangan semua orang, sekurang-kurangnya terbaik untuk diri sendiri.

somebody told me, aku ndak ingat siapa, dalam hidup ni memang bagus kalau kita sentiasa dapat relax dalam melakukan tugasan. tapi sekali-sekala kita kena tension juga sebab bla tension kita akan berusaha untuk siapkan tugasan yang sangat perlu disiapkan. terbaek dalam 1 bidang, ndak bermakna kita sentiasa terbaek dalam semua perkara. di situlah perlunya proses pembelajaran yang mana akhir-akhir ni, aku sentiasa berfikir, aku perlu belajar, aku rasa aku sudah banyak ketinggalan dan aku fikir, cukuplah setakat tu ja aku ketinggalan. sekali jatuh, bukan bermakna kita ndak boleh bangun langsung. selesa bila jatuh dan terus duduk bertenang. tapi ketinggalan. banguntu perlu. bergerak, berdiri, melangkah, dan berlari. habiskan apa yang telah dimulakan. "that's how we learn"

usaha tanpa doa umpama________......
kalau usaha banyak pun tapi tanggungjawab kepada Allah pun diabaikan pun ndak boleh juga. pendek kata, solat entah ke mana. percaya dengan janji Allah, percaya pada hikmah 'menjaga urusan Allah'. Allah ndak akan uji hambaNya dengan ujian yang hambaNya ndak boleh hadapi. yang penting...
-berusaha
-berdoa
-berjaya....

p/s: thanx to kp, rofa, and ainin. pesanan yang paling bermakna 'jangan tinggal solat' =D

p/s: all the best semua orang. teruskan dengan exam mode. jangan jadi gila, sudah. hahahaa. (teringin

mau setup wind tunnel. hahaa. angan-angan tinggi menggunung.)

p/s: bukit gajah depan UIA tu, kalau tengok waktu malam macam Gunung Kinabalu. hailaaa.... aku sudah mula rindu pada Kg. Pimping Membakut...=(

Friday, October 22, 2010

SELAMATKAN ANAK-ANAK DARI KEBULURAN...


Ya. Derma,derma. Jangan ndak menderma. Aku pun ndak ingat bilanya kami pigi makan di pizza. Kami itu adalah aku, rafezzal, dan kak fifah. Sementara tunggu makanan sampai kami pun dengan rajinnya membelek pamphlet di atas. Cantik betol ayat dia.

“DONATE AND SAVE LIVES”

Uishh....bagus la pizza hut ni. Menderma. Alhamdulillah. Itu yang kita suka. Kalo baca pamphlet ne betol-betol ada tertulis “Buy our WORLD HUNGER Hut’s Power Meals & RM0.50 from each meal will be donated to this good cause”. Bila kami baca ayat tu, kami pun semakin berbangga terhadap pizza. Sebab 50sen daripada yang kami akan bayar tu akan didermakan kepada World Hunger punya campaign. Ulang suara, 50sen DARIPADA YANG KAMI BAYAR. Rasanya kalau anda berada di tempat kami pun, mesti anda akan ingat macam tu juga.....

.....makan punya makan punya makan punya makan..........

Tekan butang bill, “ting-tongggg”

Bil pun sampai.....

Erkkkkk!!!


Nampak ndak?? Kami kena charge 50sen! Untuk? Donation!!!! Laaaaa.......tadi bukan kata “Buy our WORLD HUNGER Hut’s Power Meals & RM0.50 from each meal will be donated to this good cause” ka????? Ka kami yang salah faham????? Ingatkan nanti dia akan ambik 50sen daripada jumlah bayaran. Rupanya siap kena charge 50sen! Bukan kami hendak berkira. Apa sangat la 50sen tu kalau kongsi bayar 3orang kan. Ringan jugak beban mereka yang memerlukan.

Tapi, hingga kini kami masih pelik. Misrepresentation lagi misinterpretation. Cakap la betol-betol kalau mau suruh customer bayar. Tapi jangan la tulis yang 50sen daripada yang kami bayar tu akan didermakan. Lain kali, tulis ja “Eat at Pizza Hut and You Will Pay additional RM0.50 for World Hunger Campaign”. Kan senang........

p/s: jangan membazir. Since aku menghadapi krisis kewangan dikala ini, makan sehari pun boleh bajet RM7.00 ke bawah. Bersyukur la daripada ndak makan langsung. Makan ayam kari dalam tin pun sodap.....!!!!!

Sunday, October 17, 2010

ADIKKU DEWASA

aku mau kongsikan sikit cerita pasal adik aku yang bongsu, afif. satu-satunya anak lelaki dalam famili aku. dia ni memang special laaa. Encik Ben10 la katakan. suka sangat dengan ben10. torchlight yang harga b'puluh2 ringgit tu pun mau beli. kali kalo aku pinjam torchlight tu, aku pun boleh jadi alien mungkin.
masa dia tadika (6 tahun), dia pernah cakap sorang2. time tu di bilik study. aku surf tenet, dia susun dia punya coloring pencils dalam beg. tau dia cakap apa??

"when i grow up, i will tell my son about what I did when I was 6..."

aku yang tengah khusyuk tu terkejut and pasang telinga....

"If I have son, ok la. But if I have daughter, I dont know la what to do. maybe her mom can take care and tell her what to do...."

aku punya la terkesima kejap. adikku, kau baru berumur 6 tahun. masa aku 6 tahun, yang aku tau, bermain dengan kawan adalah sangat menggembirakan....

"I will bring my family to Kundasang or Ranau for a holiday..."

aku ndak tau apa mau cakap....

"I'll drive a viva..."

viva??? aku pun tanya siapa nama anak dia nanti

"What about Ramli???"

arghhhhhh....!!!!

tu masa dia 6 tahun. hari tu mama cerita, afif bagitau yang....

"nanti dia punya wife tidur dalam aircond sebab wife dia bukan dia yang jaga sebelum ni. tapi anak-anak dia ndak pakai aircond pun ndak apa...."

hailaaa..... aku pun ndak sure apa yang dia cakap. tapi translation dia lebih kurang macam tu la...

well, seperti yang kami sedia maklum, afif ni sedikit tertekan dengan ili. hahaa. ili kan
annoying kalo b'cakap dengan dia. muahahahaaa. lalu, 2 minggu lepas time d KLCC selepas menonton 'The Legend of the Guardian : The Owls of Ga'Hoole', masa on the way ke LRT, afif tanya aku

"angah, when bah along going to marry?".

aku pun jawab "i dont know la. why?"

"nothing bah. i just want to know when she's going to marry..."

aku pun jawab lagi "why?"

"I just want to makesure that the guy is good bah"

ehehehehh....dia baru 8 tahun. ha. siapa2 yang kawin dengan ili nanti, makesure yang diri anda itu

bagus. jika anda ndak makesure, afif yang akan makesure. ha. pesanan ini juga ditujukan kepada siapa2 yang bakal kawin dengan kawin ngn kakak2 Encik Apip Waie. well, walaupun dia masih kecil, dia tetap wali kami 3 orang. ngeheheee....

ada lagi 1. baru-baru ni kan angkasawan negara kawin. and afif said

"mom, best kan perkahwinan. afif terharu la...."

statement ni aku kurang faham. aku ndak tau kenapa dia terharu. mungkin dia salah penggunaan perkataan. aiyok!

.....dan banyak lagi la statements dia yang terlalu tua untuk seseorang yang berumur 8 tahun.....

sekian....[#_#]

Saturday, October 16, 2010

MAGIKA




(sambil sapu2 sawang di sekitar blog....)

puasa pun sudah, raya pun sudah. hehh. banyak perkara menarik yang perlu dikongsikan. kau ndak mau dengar? aku peduli hapa! hahahahaa

25hb September 2010.
kami beramai-ramai menyerbu rumah rafezzal yusof. aku, kp, enon, eiz, butin, cna, n kak pipah. well, djanfar dan zain pun ada. dengan ndak malu lagi muka tembok besar china, kami meratah ayam panggang dengan gembira. aku tau, part ni ndak interesting pun. hahahaa. in short, makanan di rumah rafezzal sangat la sedap dan menghiburkan jiwaku yang baru lepas tertekan menunggu turn ambil jubah konvo ili. berbaris pun sampai 3 jam setengah! habis kaloriku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
petang sikit pigi sg buloh. rumah kawan enon, fahmi. kami agak terlambat. open house pun sudah tamat. tapi kami pigi juga la. setelah bersembang dengan mode yang ala-ala kadir, tetiba pakcik tu boleh cakap mcm ni...." you yang baju biru dari sabah ni, matured la. bagus" errrrrr...... kp, bukan niatku merampas takhtamu. mungkin pakcik itu yang mengalami kekeliruan identiti. tapi bukan salah pakcik tu jgk. bukan juga salah ibu pakcik tu yang mengandungkan dia. bukan juga salah sesiapa. mungkin juga kami ini salah makan!

malam tu, layan MAGIKA di JUscO kEpoNG sampai kul 2340. hahh???? biar betol. ma, pa, kalau mama n bapa baca blog ala ni, ala mau bagitau yang malam tu ala, ainin, kak pah, n sinar sampai uia jam 0010. huhuhuu. minta ampun...=X

p/s: great job la KRU buat filem yang memang unik. part yang aku suka time mahsuri (vanidah imran) kena tikam. memang lawak! n part "mana nak lari, mana kau nak sembunyi, kini kau seorang sajaaa...!!!"


LESEN P = PERCUBAAN?
1st Oktober 2010.
mama, bapa, n afif sampai di KL sempena ili punya konvo. macam biasa, tinggal di Palace Hotel bilik 507. hari ke-2 kami ke Melaka. AKU DRIVE!!! hahaa. mungkin kau rasa biasa ja. tp bagi aku, memang thrill bila untuk pertama kalinya aku drive more than 250km dalam masa sehari, dari KL-MELAKA, MELAKA-KL. pencapaian peribadi yang terbaek untuk aku dalam dunia memandu kereta. lain rasanya. jauh beza berbanding drive di Kg. Pimping Membakut. hahahaa. time ni la aku teringat waktu 1st time drive kereta kancil mama dari rumah ke papar yang jaraknya baru 30km++. hehhh!!! mau overtake 1 kereta yang paling slow dalam dunia pun aku boleh t'huyung-hayang. sampai eiz melompat ke dpn pegang stereng bersama aku. sampai rafezzal b'sedia untuk tarik handbrake di tgh2 highway KK-BEAUFORT tu. malunya la. tapi, that's how we learn. (kalo mau cerita detail, boleh tanya tuan empunya blog http://bahieal-qudri.blogspot.com , http://www.raufasufrina87.blogspot.com. ndak pun, tanya eiz or rafezzal yusof. mereka ada di tempat kejadian)
In short, sehari lepas pigi Melaka tu, bapa belikan handbag pertama untuk aku sebab aku drive pigi Melaka.. yeahhhhhaaaa!!!!!! U.S POLO ASSN. DENIM. and tadi beg tu ada tercalar sikit. aku betol2 tension laaa.....keji2! ndak tau dari mana datangnya calar tu. apa-apa pun, terima kasih pa!
Owh, lagi satu, sticker P aku hari tu hand-made. guna plastik n kertas. hahaha. ndak sempat cari ba. belasah saja. janji ada. at least ada tampal P daripada ndada langsung. kalo aku kena tahan tanpa sticker P tu, boleh kena demerit 10 points tau!!! bahaya. nanti tinggal 5 ja. huhuuu. sayalah pemandu yang berhemah. and last skali kami dikompaun oleh Majlis Bandaraya Melaka sebab ndada kupon parking. apa daaaaa.... kupon ndak praktikal. main gores2 dan menang. keji la. hahaha. bayar la juga kompaun RM5. Terima kasih officer MBMB tu sebab sudi kurangkan kompaun. (camana la mau eja compound dalam bahasa melayu ahhh?)

p/s: aku ada 7bulan lagi untuk mendapat lesen kompeten. hehehe =p


3rd October 2010
ILI KONVO. aku pun ndada kata-kata lain.
aku just mau cakap sama cikgu tanty kesuma dewi "cikgu, dulu cikgu pernah cakap sama saya yang kakak saya tu hari-hari pun stay up tapi ndak pernah skor. hehhh. keji la cikgu cakap macam tu. kakak saya sudah konvo cekgu. LLB. next year dia konvo untuk master (comparative law). cikgu datang la. and never say samething bad like that to anyone anymore. cukup la cakap macam tu sama saya dulu"

yang laen2, ada juga yang agak keji la especially time batch ili graduasi di maktab dulu. bukan agak keji, sangat keji la. hehhh! kentut la kamu ni.

HAI LEH! TAhniah la leh. sungguh pun kau cematu, kombo jua kau. master lagi tuuu. sarap!! terharu ku ja. hahahaa. bah jadi? kenny? surung tah!!!!
2012, turn aku, rafezzal, kak fifah, and kak pah plakkkk!! InsyaAllah...=)

p/s : to Ili @ Shazana Awang Samat, tahniah sebab kau sudah konvo. lawyer tah kau ni??? ecehh!! to kak fifah, abe asan ali, n aiman, selamat berkenalan ngan familiku. to raufa, kak pah, and ainnin, thanx sebab setia bersama-sama keluarga mama n bapa. to rafezzal n afif, ngalih ku meliat gaya kamu 2 urang ni!!!!

Tuesday, September 7, 2010

SPLENDID????? no. no. no....!!!

assalamu'alaikummmmm.........
yeahh.... apa khabar semua????

bak kata afezz....
'sekali-sekala melalui pengalaman pahit ketika berbuka...'

SpLeNdiD....iya kaaaaaaa???????????? manadaaa...............

ha. begini ceritanya...

pada suatu petang yang kurang damai lagi mengantuk, kami 3 sekawan (mcm burung daaa....) ; aku, afezz, & kakpipah b'cadang utk ifthar jamai'e (ecewah!!) di luar. dalam pukul 6++ mcm tu kami pun kuar la dari UIA taman ilmu dan budi itu menuju ke carrefour wangsa maju. cadangnya mau makan di laksa shack sebab afezz tengah mengidam laksa. malangnya kedai tu pun penuh & kakak pelayan tu pun macam teda usaha mau buka meja baru (ciss laa...) kami pun melangkah keluar & melilau cari tempat makan. lalu depan kfc, no no no...mcD, no no no....

pastu nampak la 1 restoran yang nampak splendid. mcm secret recipe pun ada. nama restoran tu Splendid. cewahhh!!! mahal btol nama tu. usha la harga. pehhhh. murah. harga2 makanan dalam RM5.90, RM8.90, yang set pun RM13.90....Lalalalaa~~~...kami pun dengan wajah kebulur ni masuk laaaa....

duduk....pehhh...sedap kerusi ni. selesa. bleh tidur!!! masa waitress tu ambik order, "alamak, apasal muka dia macam piza basi??? takutnya....mungkin dia lapar laa...." (dalam kul 7.00pm)

aku & afezz order marinara set. kakpipah plak beef tepanyaki. (bukan kakpipah tu beef, tp dia order beef).tunggu punya tunggu, lepas 15minit air pun sampai....orang pun dah start makan (7.21pm)

makanan x sampai2 lagi (7.40pm)

makanan pun sampai dalam 7.45...hailaaa.....apakah makanan ini??? cair sungguh. mcm spageti tomyam. hehehh. (shazwani...bersyukurlah atas rezeki itu...)

tapi kan...........sampai sudah makanan kakpipah x sampai2. makanan orang lain yang datang lambat pun dah sampai ke meja mereka. yaa..... rumetku mula naik lemak dan minyak (walaupun sebenarnya dia tu xda lemak pun....lalalaa~~)

habis makan, (x habis pun makanan tu. keji) , pegi la kaunter. sekali total harga RM54.90!!!!!!!!
RM54.90!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! APA YANG KAMI MAKAN??????????? ARGHHHHHH!!!!! to be honest, rasa macam makan sampah pun ada! (aku pernah makan sampah kah????) tolak harga BEEF TEPANYAKI YANG X SAMPAI2 TU, RM45.90! gila! pagal! this is ridiculous!!!!!! (aku kalo jadi harry potter tu, sebut ridikulus bleh tukar cashier tu jadi talam, tadi lagi aku curse dia, RIDIKULUSSS!!!!!! biar xda wand pun. guna sudu pun boleh laa...)

last sekali, kami end up mkn mcd - drive thru tmn melati - well, tu ada plak kisah large n medium fries. sampai 2x tukar2 fries. aisehhh....ini bukan game yang exchange hadiah ya puan-puan sekalian. ini kisah ridikuluss!!!

p/s : jangan makan di restoran SPLENDID CARREFOUR WANGSA MAJU. rasa tertipu. makanan utk 2org pun cecah RM45. makanan x seberapa, service hampeh, suh bayar lebih. sungguh MISLEADING LAGI MISREPRESENTATION!!!!!

p/s : sedihnya aku tengok muka afezz makan marinara. x pernah tengok dia makan dengan x berselera. kakpipah lagi la sedih. dia yang b'semangat ajak kuar, dia plak yang xdpt makanan. kul 9pm baru makan di bilik. info tambahan: sampai 1 point tu, aku hampir t'muntah masa kunyah marinara tu. entah kenapa, aku pun....xtau............ hah! marinara milano pizza klcc sedap!!! =D

p/s : eh, td kata mcD, no no no....hahahaaa..=p

Tuesday, August 31, 2010

Bicara Yang Berfaedah atau SENYAP KAU!!!

assalamu'alaikum..salam sejahteraa~~~
adoi laaa...sempena bulan ramadhan yang mulia lagi penuh berkat ni, aku sedaya upaya menjaga percakapan. sesungguhnya aku adalah seorang aku yang suka buat benda & cakap ikut kepala sendiri... yang kadang-kadang tu bawa mudarat...(so far belum ada kemudaratan fizikal...=X) bercakap pasal cakap ni, hailaaa...ada la sorang insan tu suka sangat bercakap. (tia-tiba aku buat sesi luahan perasaan plak...) bukan aku ndak mau bagi dia becakap. cakap la. silakan. make urself home. tapi kan, kadang2 kan, bukannya semua benda yang kita mau cakap tu orang ,lain mau dengar. contohnya???

"pada suatu hari yang ordinary, dia masuk ke bilikku..."
noni : hai kak. tengah buat apa tu?

aku : hai. stadi. byk gila kerja kena buat. kna hantar esok (mataku mula la berpinar-pinar)

noni : eh? saya pun byk gila kerja. yang ni kena hantar esok, yang tu kena hantar hari khamis....bla...bla...bla...(dia menceceh sorang2)


aku : (aku??? aku buat muka toya sbb ni bukan kali pertama aku dgr dia merepek meraban. whatever la kau. sudah tau byk kerja, p la balik bilik kau. jgn la kacau aku.....) hmmm..... (mata lekat kt laptop)

noni : akak tau tak, semalam saya gi berbuka kt XX. ingat nak pi makan kat shakey's pizza. tp penuh la plak...saya pun ckp kt member "wehh, kita g soLat dulu laa...kang kalo solat lambat ramai plak orang kt musolla." padahal saya xbleh solat pun. hahaa..tapi saja tak nak diorang tau yang saya xleh solat....

aku : (aku???hmmm....x laratnya laa..senyap! tolong senyap! ini perpustakaan. perpustakaan??) hmmm...ohhh...


noni : pastu kan diorang pegi la musolla. punya la saya tak nak diorang tau yang saya tak puasa & xleh solat, saya pun cakap kat diorang "wehh. korang masuk la dulu....aku nak p naek atas jap

aku : (akuu???? pehhhh. tu pun kau mau bgtau aku kaa????) ohh...(mata ndak beralih langsung dari laptop!)


noni : saya pun masuk watson. pastu tengok2 barang, belek2 barang sikit. lepas tu saya g mph. tunggu la sampai agak2 diorang dah habis solat....

aku : (aku?????????????? deyy aci, pigi buat blog laaa....) ohhh...


noni : lepas 5 minit tu saya sms diorg "weh. aku lambat sikit. korang g la shakey's dulu....". lepas 10 minit, lama gak saya tunggu kat mph tu. hahaha. pastu baru la g shakey's. sampai shakey's, member pun tanya "ko g mana? tak nampak pun ko kat musolla td...." saya pun cakap kt diorang yang saya g cari barang jap n lambat ckit g musolla. saya tak nak diorang tau yang saya period...hahahaa

aku : (aku???dah mcm terkesima n ndak percaya. apasal kau cerita??itu pun mau cerita ka??? xda info yang bermanfaat pun....keji la kau! ) ohhh....


masa tu la aku teringin jadi mcm mamat psiko dalam cerita Untraceable tu. hehh!! sampai sekarang aku xbleh lupa kejadian ni. errr...nama watak tu adalah rekaan semata-mata. tempat makan tu pun aku reka jugak. tapi, skrip di atas adalah kisah benar. owhh...bulan puasa mcm ni pun aku bleh hangin 1 badan. shazwani, sabar! fitrah dia mmg macam tu. keep on "buat b*d*h". or next time, cakap ja "aku xmau dengar ko membebel hari ni, esok, lusa, & sampai bila2. maka, shut up~~!



p/s: jangan sekali-kali cerita benda yang teda faedah kepada orang lain....(aku dah buat muka "hoiii, ko nampak x muka aku ni??? ada x rupa mcm orang yang mau dgr cerita kau???". tapi malang sekali dia ndak paham bahasa badan. next time mungkin aku perlu buka kuda-kuda karate)

p/s: sila create blog jika anda ada benda merapu yang ingin diperkatakan. ndak pun, pi cari orang laen. aku?????? AKU XMAU DENGAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Friday, August 27, 2010

Oh Ayahhh....Tak Pernah Ku Tanyaa.....


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.




Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa
berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"



Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang
tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Ana mendapatkan notes ini dari seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika ana berkongsinya kepada sahabat-sahabat ana yang lain.Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak / Papa kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.

wallahu a'alam.

p/s:sedikit sebanyak, artikel ni mmg betul. haisshhh...feeling plak aku....
kredit tu HaiYa Fikr's facebook page.

Monday, March 29, 2010

Kenanganku...~~~

andai dapat, ku undurkan putaran duniaa~~~

owhhh...ini hanyalah lagu rock kapak yang memiliki unsur jiwang yang selalu ku nyanyikan bersama si kamu. (kami menyanyi dengan sumbang sekali. namun teap gembira...)

DS. hmmmm. kerana DS aku berkampung di bilik lama. the memories come back again. banyak kenangan di mahallah maryam ni. well....\=|

musim exam. mana mungkin aku yang kurang rajin ni stay di bilik. suda la panas. hmmmm. time2 macam ni la budak2 berkampung di library. lantas, aku dan beberapa sahabat berkampung di engin EI level 5. yaaaa.....kalo musim exam cari saja aku di sana.

masa ni la semua insan dan manusia di uia ni mengusung buku ke hulu dan hilir ,selagi bolehhh...
kagum. semangat. highly motivated by entah apa, aku pun xtau...

aku....suda habis 2 paper. math5 yang mencengkam ginjal dan space mechanics yang...haihhh...tawakkaltu 'ala Allah.....

ada 3 paper lg to go. DEcision science, avionics, dan killing paper; aerodynamics. aerodynamics=angin=ntah apa2 ntah. silalah duduk di depan mechanical department. Dr. Waqar suda tampal carry mark. kebas jantung aku baca carry mark aku sendiri.

usaha selagi boleh. BERUSAHA!!!!!!!!!!!!


untuk ili, afez, rofa, kak pah, enon, su, ikin, huda, saidah, kak afifah, djanfar, sean kingston@zain, sofia, rahman, pae, atie, ben, mamud, budak2 aerospace wanita, athirah, isyyy...semua la....

SEMOGA BERJAYA!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, March 25, 2010

ngaaa...ngaaaa......naaa....

hoii..hoyahoii...kita semua gembira....!!!!! (sambil angkat2 tangan gembira2...gembira?????)

siapa yang gembira tu angkat tangan! ciss! kurang asam. musim exam ni. aku memang ndak gembira. siapa yang dapat full utk carry mark ja yg akan gembira...(aku rasa laa)

haaiiii....time2 exam ni la azam baru aku timbul "ok, sem dpn kena stadi dari awal. buat assignment sendiri. xmau tiru kalo jawab kuiz, bla3...."

namun bila tiba saja sem baru tu, azam2 baru yang ditanam time tunggang langgang utk stadi final exam sem lepas sudah luput. (antara perkara yang paling cepat expired adalah AZAM. )

manusia...biasala tu...(ka aku ja yg mcm tu?? risau jugak ni!)

2-3-4hari ni plak aku teringin btul mau makan laksa. td mau g pasar malam. tp si kamu tu xmau temankan. cettt!!!! sedih. kecik hati....

apa2 pun, aku sendiri pun terer apa masak laksa. (wahh...ada sesiapa yang mau ketuk aku ngn sudu, silalah berbuat demkian...)

ok la. ok laa....aku mau tunjuk sikit cara2 aku masak laksa. siapa ketawa, siap!!!!

-mula2, celur/rebus mee laksa yang kaler putih tu. beli ja di kedai. x payah susah2 mau buat sendiri...

-pastu petik bunga kantan di dpn rumah. tepi dinding ruang tamu. sebelah pagar. kalo ada 2, petik la dua2. kalau ada 3, petik la juga. kalo ada 4, jgn petik semua..kasi tinggal sikit.

-pastu bawa masuk pi dapur. potong bawang putih, merah, halia, cili....blend!

-rebus ikan kembung or apa2 ikan yang kamu suka dlm periuk. taruh la garam ckit. selalunya aku guna ikan rumahan (ikan kembung). ikut suka la berapa ekor pun. rasanya 2ekor cukup kalii....

-pastu, blend isi2 ikan tu. kalo malas blend ja ikan2 tu dlm blender. tu pun kalo mama kamu x marah la.

-air rebusan td masukkn dalam periuk. rasanya 1-1.5 liter la utk kuah laksa yg slalu aku buat. masukkn bawang2 yg suda di blend td, pastu masukkan ikan yg sudah di blend juga, lps tu, masukkan cili boh sesuka hati mengikut selera aku, masukkn asam gelugur 2-3 keping (hakikatnya aku x pernah guna asam gelugur pun. aku guna asam jawa ja...hahahaaa. tp sedap juga. lalalaaa~~). masukkn la garam ka, gula ka, cili padi ka...tunggu sampai mendidih..

-jeng...jeng...jeng...last part yang aku paling suka. masukkan bunga kantan....makesure bunga kantan tu mampu mengeluarkan bau. slalunya aku cincang ja. pastu ada juga yg aku biarkan besar2. nmpk indah cikit....=)

-aku x sure la serai perlu atau x. rasanya x perlu.....org slalunya guna 'belancan' juga. tp aku x pernah guna. bapa x mkn 'belancan'. aku pun xmkn. gatal hidung baa...

-pastuu... pastu siap la!!! itu pun aku kena bgtau ka????? hidang ja di meja mkn. ada juga org mkn nanti tu....


ni la resepi aku yg sudah di ubahsuai sikit mengikut selera aku, mama, n ili. bapa, ata, n afif mkn ja tuu...

ada sorang lg yg aku harap dia akan dapat merasa laksa aku yg sedappppp tu.... "bila mau balik rmh??"

sesiapa yg x berpuas hati ngn resepi aku ni, off u go b'coz i dont care. ngehhh3~~~~~

well.....bye!

Friday, March 19, 2010

TEKANANNN....PIBAIYEAA

kenapa? kenapa? kenapa?

hmmm...aku tengok semua org kiri kanan depan belakang, semua ada blog. aku plak, harap besemangat ja lebih. tapi ndak juga menaip. apa yang mahu dikongsi??

exam mau start suda. arghhh...paper ku bederet mcm orang yang berderet tunggu char-kuew-teow( betul ka aku eja ni??) di malinja. uhhh...malam ni plan mau stadi. baju sebaldi belum basuh. yaaa...bagus. kenapa la makin hari makin malas.

teringat.....

dulu masa di SMK (A) KOta Kinabalu a k a SMAKK yg besh tu, haiiiisehhh, walaupun ndak banyak masa, hari2 aku basuh baju sendiri. pindah MRSM KoKEe, ada dobi, mula menjadi kurang membasuh (walaupun pada hakikatnya bukannya byk sgt pun baju yg boleh dihantar ke dobi..lalalaaa~~). masuk matrik UIA, baju kumpul seminggu, then sumbat dalam washing machine....main campus, huhhh, sampai ke hari ni, boleh dikira berapa kali aku basuh baju guna tangan yg x berapa mau halus ni.... kerajinan is decaying...lalalalaaa~~~

lagi.....

study....

subjek dan tahap kerisauan

paling risau......AERODYNAMICS
pastu.....MATH 5
pastu.....SPACE MeCHanics
pastu......DecISION SCIENCE
pastu......INSTRUMENTATION & AVIONICS...

bkn la aku terer sangat pun avionik tu. tp, tu laaa....boleh laaa....

maka....ZZZzzzZZZ