Thursday, October 28, 2010

APAKAH???


menyenangkan bila ada sahabat yang sudi mendengar masalah yang bertimbun-timbun.
bukan masalah sangat pun. bebanan yang ndak tertanggung sendirian. itulah guna sahabat.bila melepak sama-sama, mulalah keluar cerita dan gossip yang menyeronokkan. yang 2 orang tu dengan pengalaman present FYP. ngeri juga aku dengar. yang sorang tu 'double-trouble'. tapi still boleh lepak sampai 3jam. 3jam??? hehehee. daripada cerita fakta sampai ke cerekarama-rama, sampai la merapu-meraban. masing-masing sudah terkena demam exam. bak kata cik double-trouble, budak-budak yang ambil kos engin ni, yang ndak gila pun boleh jadi gila. yang aku plak kata, ambil engin ni macam short-cut bunuh diri. semua berbaris untuk terjun bangunan tunggu turn masing-masing. bukan la technically bunuh diri. tu masuk dosa besar sudah laa. huhuu...bila makin dewasa, dengan sendirinya akal normal manusia akan berfikir untuk menjadi yang lebih baik; walaupun bukan yang terbaik di kalangan semua orang, sekurang-kurangnya terbaik untuk diri sendiri.

somebody told me, aku ndak ingat siapa, dalam hidup ni memang bagus kalau kita sentiasa dapat relax dalam melakukan tugasan. tapi sekali-sekala kita kena tension juga sebab bla tension kita akan berusaha untuk siapkan tugasan yang sangat perlu disiapkan. terbaek dalam 1 bidang, ndak bermakna kita sentiasa terbaek dalam semua perkara. di situlah perlunya proses pembelajaran yang mana akhir-akhir ni, aku sentiasa berfikir, aku perlu belajar, aku rasa aku sudah banyak ketinggalan dan aku fikir, cukuplah setakat tu ja aku ketinggalan. sekali jatuh, bukan bermakna kita ndak boleh bangun langsung. selesa bila jatuh dan terus duduk bertenang. tapi ketinggalan. banguntu perlu. bergerak, berdiri, melangkah, dan berlari. habiskan apa yang telah dimulakan. "that's how we learn"

usaha tanpa doa umpama________......
kalau usaha banyak pun tapi tanggungjawab kepada Allah pun diabaikan pun ndak boleh juga. pendek kata, solat entah ke mana. percaya dengan janji Allah, percaya pada hikmah 'menjaga urusan Allah'. Allah ndak akan uji hambaNya dengan ujian yang hambaNya ndak boleh hadapi. yang penting...
-berusaha
-berdoa
-berjaya....

p/s: thanx to kp, rofa, and ainin. pesanan yang paling bermakna 'jangan tinggal solat' =D

p/s: all the best semua orang. teruskan dengan exam mode. jangan jadi gila, sudah. hahahaa. (teringin

mau setup wind tunnel. hahaa. angan-angan tinggi menggunung.)

p/s: bukit gajah depan UIA tu, kalau tengok waktu malam macam Gunung Kinabalu. hailaaa.... aku sudah mula rindu pada Kg. Pimping Membakut...=(

Friday, October 22, 2010

SELAMATKAN ANAK-ANAK DARI KEBULURAN...


Ya. Derma,derma. Jangan ndak menderma. Aku pun ndak ingat bilanya kami pigi makan di pizza. Kami itu adalah aku, rafezzal, dan kak fifah. Sementara tunggu makanan sampai kami pun dengan rajinnya membelek pamphlet di atas. Cantik betol ayat dia.

“DONATE AND SAVE LIVES”

Uishh....bagus la pizza hut ni. Menderma. Alhamdulillah. Itu yang kita suka. Kalo baca pamphlet ne betol-betol ada tertulis “Buy our WORLD HUNGER Hut’s Power Meals & RM0.50 from each meal will be donated to this good cause”. Bila kami baca ayat tu, kami pun semakin berbangga terhadap pizza. Sebab 50sen daripada yang kami akan bayar tu akan didermakan kepada World Hunger punya campaign. Ulang suara, 50sen DARIPADA YANG KAMI BAYAR. Rasanya kalau anda berada di tempat kami pun, mesti anda akan ingat macam tu juga.....

.....makan punya makan punya makan punya makan..........

Tekan butang bill, “ting-tongggg”

Bil pun sampai.....

Erkkkkk!!!


Nampak ndak?? Kami kena charge 50sen! Untuk? Donation!!!! Laaaaa.......tadi bukan kata “Buy our WORLD HUNGER Hut’s Power Meals & RM0.50 from each meal will be donated to this good cause” ka????? Ka kami yang salah faham????? Ingatkan nanti dia akan ambik 50sen daripada jumlah bayaran. Rupanya siap kena charge 50sen! Bukan kami hendak berkira. Apa sangat la 50sen tu kalau kongsi bayar 3orang kan. Ringan jugak beban mereka yang memerlukan.

Tapi, hingga kini kami masih pelik. Misrepresentation lagi misinterpretation. Cakap la betol-betol kalau mau suruh customer bayar. Tapi jangan la tulis yang 50sen daripada yang kami bayar tu akan didermakan. Lain kali, tulis ja “Eat at Pizza Hut and You Will Pay additional RM0.50 for World Hunger Campaign”. Kan senang........

p/s: jangan membazir. Since aku menghadapi krisis kewangan dikala ini, makan sehari pun boleh bajet RM7.00 ke bawah. Bersyukur la daripada ndak makan langsung. Makan ayam kari dalam tin pun sodap.....!!!!!

Sunday, October 17, 2010

ADIKKU DEWASA

aku mau kongsikan sikit cerita pasal adik aku yang bongsu, afif. satu-satunya anak lelaki dalam famili aku. dia ni memang special laaa. Encik Ben10 la katakan. suka sangat dengan ben10. torchlight yang harga b'puluh2 ringgit tu pun mau beli. kali kalo aku pinjam torchlight tu, aku pun boleh jadi alien mungkin.
masa dia tadika (6 tahun), dia pernah cakap sorang2. time tu di bilik study. aku surf tenet, dia susun dia punya coloring pencils dalam beg. tau dia cakap apa??

"when i grow up, i will tell my son about what I did when I was 6..."

aku yang tengah khusyuk tu terkejut and pasang telinga....

"If I have son, ok la. But if I have daughter, I dont know la what to do. maybe her mom can take care and tell her what to do...."

aku punya la terkesima kejap. adikku, kau baru berumur 6 tahun. masa aku 6 tahun, yang aku tau, bermain dengan kawan adalah sangat menggembirakan....

"I will bring my family to Kundasang or Ranau for a holiday..."

aku ndak tau apa mau cakap....

"I'll drive a viva..."

viva??? aku pun tanya siapa nama anak dia nanti

"What about Ramli???"

arghhhhhh....!!!!

tu masa dia 6 tahun. hari tu mama cerita, afif bagitau yang....

"nanti dia punya wife tidur dalam aircond sebab wife dia bukan dia yang jaga sebelum ni. tapi anak-anak dia ndak pakai aircond pun ndak apa...."

hailaaa..... aku pun ndak sure apa yang dia cakap. tapi translation dia lebih kurang macam tu la...

well, seperti yang kami sedia maklum, afif ni sedikit tertekan dengan ili. hahaa. ili kan
annoying kalo b'cakap dengan dia. muahahahaaa. lalu, 2 minggu lepas time d KLCC selepas menonton 'The Legend of the Guardian : The Owls of Ga'Hoole', masa on the way ke LRT, afif tanya aku

"angah, when bah along going to marry?".

aku pun jawab "i dont know la. why?"

"nothing bah. i just want to know when she's going to marry..."

aku pun jawab lagi "why?"

"I just want to makesure that the guy is good bah"

ehehehehh....dia baru 8 tahun. ha. siapa2 yang kawin dengan ili nanti, makesure yang diri anda itu

bagus. jika anda ndak makesure, afif yang akan makesure. ha. pesanan ini juga ditujukan kepada siapa2 yang bakal kawin dengan kawin ngn kakak2 Encik Apip Waie. well, walaupun dia masih kecil, dia tetap wali kami 3 orang. ngeheheee....

ada lagi 1. baru-baru ni kan angkasawan negara kawin. and afif said

"mom, best kan perkahwinan. afif terharu la...."

statement ni aku kurang faham. aku ndak tau kenapa dia terharu. mungkin dia salah penggunaan perkataan. aiyok!

.....dan banyak lagi la statements dia yang terlalu tua untuk seseorang yang berumur 8 tahun.....

sekian....[#_#]

Saturday, October 16, 2010

MAGIKA




(sambil sapu2 sawang di sekitar blog....)

puasa pun sudah, raya pun sudah. hehh. banyak perkara menarik yang perlu dikongsikan. kau ndak mau dengar? aku peduli hapa! hahahahaa

25hb September 2010.
kami beramai-ramai menyerbu rumah rafezzal yusof. aku, kp, enon, eiz, butin, cna, n kak pipah. well, djanfar dan zain pun ada. dengan ndak malu lagi muka tembok besar china, kami meratah ayam panggang dengan gembira. aku tau, part ni ndak interesting pun. hahahaa. in short, makanan di rumah rafezzal sangat la sedap dan menghiburkan jiwaku yang baru lepas tertekan menunggu turn ambil jubah konvo ili. berbaris pun sampai 3 jam setengah! habis kaloriku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
petang sikit pigi sg buloh. rumah kawan enon, fahmi. kami agak terlambat. open house pun sudah tamat. tapi kami pigi juga la. setelah bersembang dengan mode yang ala-ala kadir, tetiba pakcik tu boleh cakap mcm ni...." you yang baju biru dari sabah ni, matured la. bagus" errrrrr...... kp, bukan niatku merampas takhtamu. mungkin pakcik itu yang mengalami kekeliruan identiti. tapi bukan salah pakcik tu jgk. bukan juga salah ibu pakcik tu yang mengandungkan dia. bukan juga salah sesiapa. mungkin juga kami ini salah makan!

malam tu, layan MAGIKA di JUscO kEpoNG sampai kul 2340. hahh???? biar betol. ma, pa, kalau mama n bapa baca blog ala ni, ala mau bagitau yang malam tu ala, ainin, kak pah, n sinar sampai uia jam 0010. huhuhuu. minta ampun...=X

p/s: great job la KRU buat filem yang memang unik. part yang aku suka time mahsuri (vanidah imran) kena tikam. memang lawak! n part "mana nak lari, mana kau nak sembunyi, kini kau seorang sajaaa...!!!"


LESEN P = PERCUBAAN?
1st Oktober 2010.
mama, bapa, n afif sampai di KL sempena ili punya konvo. macam biasa, tinggal di Palace Hotel bilik 507. hari ke-2 kami ke Melaka. AKU DRIVE!!! hahaa. mungkin kau rasa biasa ja. tp bagi aku, memang thrill bila untuk pertama kalinya aku drive more than 250km dalam masa sehari, dari KL-MELAKA, MELAKA-KL. pencapaian peribadi yang terbaek untuk aku dalam dunia memandu kereta. lain rasanya. jauh beza berbanding drive di Kg. Pimping Membakut. hahahaa. time ni la aku teringat waktu 1st time drive kereta kancil mama dari rumah ke papar yang jaraknya baru 30km++. hehhh!!! mau overtake 1 kereta yang paling slow dalam dunia pun aku boleh t'huyung-hayang. sampai eiz melompat ke dpn pegang stereng bersama aku. sampai rafezzal b'sedia untuk tarik handbrake di tgh2 highway KK-BEAUFORT tu. malunya la. tapi, that's how we learn. (kalo mau cerita detail, boleh tanya tuan empunya blog http://bahieal-qudri.blogspot.com , http://www.raufasufrina87.blogspot.com. ndak pun, tanya eiz or rafezzal yusof. mereka ada di tempat kejadian)
In short, sehari lepas pigi Melaka tu, bapa belikan handbag pertama untuk aku sebab aku drive pigi Melaka.. yeahhhhhaaaa!!!!!! U.S POLO ASSN. DENIM. and tadi beg tu ada tercalar sikit. aku betol2 tension laaa.....keji2! ndak tau dari mana datangnya calar tu. apa-apa pun, terima kasih pa!
Owh, lagi satu, sticker P aku hari tu hand-made. guna plastik n kertas. hahaha. ndak sempat cari ba. belasah saja. janji ada. at least ada tampal P daripada ndada langsung. kalo aku kena tahan tanpa sticker P tu, boleh kena demerit 10 points tau!!! bahaya. nanti tinggal 5 ja. huhuuu. sayalah pemandu yang berhemah. and last skali kami dikompaun oleh Majlis Bandaraya Melaka sebab ndada kupon parking. apa daaaaa.... kupon ndak praktikal. main gores2 dan menang. keji la. hahaha. bayar la juga kompaun RM5. Terima kasih officer MBMB tu sebab sudi kurangkan kompaun. (camana la mau eja compound dalam bahasa melayu ahhh?)

p/s: aku ada 7bulan lagi untuk mendapat lesen kompeten. hehehe =p


3rd October 2010
ILI KONVO. aku pun ndada kata-kata lain.
aku just mau cakap sama cikgu tanty kesuma dewi "cikgu, dulu cikgu pernah cakap sama saya yang kakak saya tu hari-hari pun stay up tapi ndak pernah skor. hehhh. keji la cikgu cakap macam tu. kakak saya sudah konvo cekgu. LLB. next year dia konvo untuk master (comparative law). cikgu datang la. and never say samething bad like that to anyone anymore. cukup la cakap macam tu sama saya dulu"

yang laen2, ada juga yang agak keji la especially time batch ili graduasi di maktab dulu. bukan agak keji, sangat keji la. hehhh! kentut la kamu ni.

HAI LEH! TAhniah la leh. sungguh pun kau cematu, kombo jua kau. master lagi tuuu. sarap!! terharu ku ja. hahahaa. bah jadi? kenny? surung tah!!!!
2012, turn aku, rafezzal, kak fifah, and kak pah plakkkk!! InsyaAllah...=)

p/s : to Ili @ Shazana Awang Samat, tahniah sebab kau sudah konvo. lawyer tah kau ni??? ecehh!! to kak fifah, abe asan ali, n aiman, selamat berkenalan ngan familiku. to raufa, kak pah, and ainnin, thanx sebab setia bersama-sama keluarga mama n bapa. to rafezzal n afif, ngalih ku meliat gaya kamu 2 urang ni!!!!